Tuesday, October 19, 2010

KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)

BAB 3: PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat lain mengenai penciptaan langit dalam Al-Quran terdapat dalam ayat :

“ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan
bumi itu dahulunya berpadu ( Satu unit ciptaan )lalu Kami pisahkan keduanya
. Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup “ (Surah Al-Anbiya: 30)

• “ Dari air segala benda hidup “ – semua tumbuhan bermula dengan biji benih yang mulai tumbuh apabila adanya air, begitu juga dengan haiwan dan manusia semuanya bermula dari setitik air mani yang hina – wallhu’alam.

Kalimah “ratqh” diertikan sebagai jahitan yang bermaksud “ dicantum bersama, disebatikan ” dalam kamus bahasa arab. Ia digunakan untuk merujuk dua intipati berbeza yang membina sesuatu yang padu.

Frasa “ Kami pisahkan “ adalah perkataan “ fataq “ di dalam bahasa arab dan menggambarkan mewujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur yang dicantum atau disebatikan bersama. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini dalam minda. Didalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk “ratqh”.

Keduanya dipisahkan (fataq) dengan kemunculan satu daripada yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila “ kita membayangkan saat pertama terjadinya Big Bang, kita dapat melihat bahawa keseluruhan materi (bahan) alam semesta dipadatkan di dalam sebuah titik tunggal.”

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang ketika itu belum diciptakan adalah berada dalam situasi cantuman (bercantum satu sama lain ) atau sesuatu yang padu.

Titik ini kemudiannya meletup dengan izin Allah s.w.t. dalam satu letupan besar sekaligus menghuraikan seluruh materialnya iaitu galaksi, bintang-bintang, palnet-planet pun terbentuk seperti apa yang kita dapat saksikan semenjak kita dilahirkan. Maha hebatnya Tuhan yang maha pencipta.

(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )

KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)

BAB 2: PERKEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Quran yang diwahyukan 1400 tahun lalu di saat pengetahuan tentang astronomi masih primitive, fakta mengenai fenomena pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

“ Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan dan sesungguhnya
Kami benar-benar meluaskannya. “ (Surah Az-Dzariyat: 47)

Perkataan langit yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak ayat yang bermaksud raung angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, perkataan tersebut digunakan dengan maksud yang sama dan merujuk kepada alam semesta yang mengembang. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan di dalam bidang sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke-20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa “ alam semesta bersifat konstan (statik) dan telah wujud sejak azali”. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui pelbagai infrastruktur teknologi moden pada hakikatnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Seawal abad ke-20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia adalah berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengumumkan bahawa bebintang dan seluruh galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan.

Sebuah alam semesta di mana seluruh objek di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi antara satu sama lain jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.

Fakta ini telah dijelaskan dalam Al-Quran ketika ia masih belum pernah diketahui oleh sesiapa. Ini adalah kerana Al-Quran adalah Kalam Allah s.w.t, maha Pencipta dan Pemerhati bagi seluruh alam semesta.

• Bermula dari saat letupan Big Bang, alam semesta secara konstan berkembang pada kelajuan yang besar. Para saintis membandingkan pengembangan alam semesta dengan permukaan sebiji belon yang ditiup kembang.

(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )

KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)

BAB 1: KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Quran dalam ayat :
“ Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. “ (Surah Al-An’am:101)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Quran ini adalah sebuah fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Seperti yang kami nyatakan lebih awal, kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik menyimpulkan bahawa alam semesta, bersama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui sebuah letupan yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari alam tiada sebagai melalui sebuah letupan titik tunggal.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semua ini sebenarnya telah diciptakan secara serentak. Fakta ini yang baru Berjaya diketahui melalui kajian yang dijalankan di dalam bidang fizik moden, telah dinayatakan dalam Al-Quran 1400 tahun lalu.

Alat pengesan sensitif di satelit angkasa COBE yang dilancarkan oleh NASA pada tahun 1992 telah Berjaya mengesan kesan bukti fenomena Big Bang. Penemuan ini menjadi bukti bagi teori Big Bang yang merupakan penjelasan saintifik mengenai fakta bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan.

(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )