Tuesday, October 19, 2010

KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)

BAB 2: PERKEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Quran yang diwahyukan 1400 tahun lalu di saat pengetahuan tentang astronomi masih primitive, fakta mengenai fenomena pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

“ Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan dan sesungguhnya
Kami benar-benar meluaskannya. “ (Surah Az-Dzariyat: 47)

Perkataan langit yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak ayat yang bermaksud raung angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, perkataan tersebut digunakan dengan maksud yang sama dan merujuk kepada alam semesta yang mengembang. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan di dalam bidang sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke-20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa “ alam semesta bersifat konstan (statik) dan telah wujud sejak azali”. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui pelbagai infrastruktur teknologi moden pada hakikatnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Seawal abad ke-20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia adalah berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengumumkan bahawa bebintang dan seluruh galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan.

Sebuah alam semesta di mana seluruh objek di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi antara satu sama lain jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.

Fakta ini telah dijelaskan dalam Al-Quran ketika ia masih belum pernah diketahui oleh sesiapa. Ini adalah kerana Al-Quran adalah Kalam Allah s.w.t, maha Pencipta dan Pemerhati bagi seluruh alam semesta.

• Bermula dari saat letupan Big Bang, alam semesta secara konstan berkembang pada kelajuan yang besar. Para saintis membandingkan pengembangan alam semesta dengan permukaan sebiji belon yang ditiup kembang.

(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )

No comments:

Post a Comment