Tuesday, October 19, 2010

KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)

BAB 3: PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat lain mengenai penciptaan langit dalam Al-Quran terdapat dalam ayat :

“ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan
bumi itu dahulunya berpadu ( Satu unit ciptaan )lalu Kami pisahkan keduanya
. Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup “ (Surah Al-Anbiya: 30)

• “ Dari air segala benda hidup “ – semua tumbuhan bermula dengan biji benih yang mulai tumbuh apabila adanya air, begitu juga dengan haiwan dan manusia semuanya bermula dari setitik air mani yang hina – wallhu’alam.

Kalimah “ratqh” diertikan sebagai jahitan yang bermaksud “ dicantum bersama, disebatikan ” dalam kamus bahasa arab. Ia digunakan untuk merujuk dua intipati berbeza yang membina sesuatu yang padu.

Frasa “ Kami pisahkan “ adalah perkataan “ fataq “ di dalam bahasa arab dan menggambarkan mewujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur yang dicantum atau disebatikan bersama. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini dalam minda. Didalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk “ratqh”.

Keduanya dipisahkan (fataq) dengan kemunculan satu daripada yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila “ kita membayangkan saat pertama terjadinya Big Bang, kita dapat melihat bahawa keseluruhan materi (bahan) alam semesta dipadatkan di dalam sebuah titik tunggal.”

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang ketika itu belum diciptakan adalah berada dalam situasi cantuman (bercantum satu sama lain ) atau sesuatu yang padu.

Titik ini kemudiannya meletup dengan izin Allah s.w.t. dalam satu letupan besar sekaligus menghuraikan seluruh materialnya iaitu galaksi, bintang-bintang, palnet-planet pun terbentuk seperti apa yang kita dapat saksikan semenjak kita dilahirkan. Maha hebatnya Tuhan yang maha pencipta.

(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )

No comments:

Post a Comment