Saturday, February 4, 2012

Ceramah Pemantapan Akidah & Sambutan Maulidur Rasul


Tarikh : 10 Februari 2012
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Ar-Rahim, Pekan Keningau

Marilah kita ramai-ramai pakat hadir!!

Penceramah Undangan : Tuan Haji Muhammad Fitri Abullah (dari Perkim Pusat)

Kami Menyintaimu.....Wahai Kekasih Allah

Cintailah Rasulullah.........

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, keluarga dan para sahabatnya.

Allah Ta'ala berfirman,

قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

"Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq." (Surah at-Taubah: Ayat 24)

Oleh yang demikian,ayat yang mulia ini adalah dalil paling agung menunjukkan betapa wajibnya kita mencintai Allah dan Rasul-Nya, mendahulukannya atas kecintaan segala sesuatu. Juga menunjukkan ancaman keras dan kebencian sangat atas orang yang lebih mencintai salah satu dari yang telah disebutkan daripada Allah, Rasul-Nya, dan jihad di jalan-Nya."

Keimanan seseorang Muslim tidak akan sempurna kecuali dengan mencintai utusan Allah kepada mereka, iaitu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu, sehinggalah aku lebih dia cintai daripada orangtuanya,anaknya dan manusia seluruhnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya baginda Rasulullah SAW merupakan ikutan,ikon atau role model yang sepatutnya kita teladani....

Allah Ta'ala berfirman,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِر

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah al-Ahzab: Ayat 21)..

Dan Allah juga telah memerintahkan kepada kita semua agar tunduk patuh terhadap apa yang telah diperintahkan oleh para rasul 'alaihimussolatu wassalam....


وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

"Apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu maka terimalah ia... Dan apa yang dilarangnya bagi kamu maka hendaklah kamu tinggalkan..." (Surah Al-Hasyr: Ayat 7)

Mudah-mudahan kita semua dapat meninggalkan segala bentuk kemaksiatan, sama ada yang dilarang oleh Yang Maha Esa mahupun berdasarkan hadis-hadis baginda SAW.......


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku." (Surah Ali Imran: Ayat 31)..

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW....

Nabi SAW pernah bersabda, : "Siapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat, Allah akan berselawat kepadanya dengan 10 kali selawat"........(Riwayat Ahmad)

Dan di dalam hadis yang lain, baginda Nabi SAW pernah bersabda : Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku...(Riwayat at-Tirmidzi)...

Wallahu a'lam bissowab....

abu_naufal,4 Februari 2012

Monday, November 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Friday, August 5, 2011

"Menjaga Adab-adab Berpuasa"

Assalamualaikum wbt...kini bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam menjelma lagi. Sejauh manakah kita telah menjaga adab-adab semasa berpuasa di bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan ini??

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pengunjung blog ini berkaitan adab-adab berpuasa :

1)Hendaklah kita menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela, memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

2)Memelihara diri daripada perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkan puasa.

3)Mengurangkan makan dan minum (tidak keterlaluan) semasa berbuka dan bersahur.

4)Mengurangkan tidur sebaliknya banyakkan beribadat.

5)Melaksanakan ibadat puasa dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..

Mudah-mudahan diri yang bercakap terlebih dahulu mampu melaksanakan apa yang diperkatakan...Marilah sama-sama kita mendirikan bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunanNya..insya-Allah boleh.

Tuesday, October 19, 2010

KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)

BAB 3: PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat lain mengenai penciptaan langit dalam Al-Quran terdapat dalam ayat :

“ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan
bumi itu dahulunya berpadu ( Satu unit ciptaan )lalu Kami pisahkan keduanya
. Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup “ (Surah Al-Anbiya: 30)

• “ Dari air segala benda hidup “ – semua tumbuhan bermula dengan biji benih yang mulai tumbuh apabila adanya air, begitu juga dengan haiwan dan manusia semuanya bermula dari setitik air mani yang hina – wallhu’alam.

Kalimah “ratqh” diertikan sebagai jahitan yang bermaksud “ dicantum bersama, disebatikan ” dalam kamus bahasa arab. Ia digunakan untuk merujuk dua intipati berbeza yang membina sesuatu yang padu.

Frasa “ Kami pisahkan “ adalah perkataan “ fataq “ di dalam bahasa arab dan menggambarkan mewujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur yang dicantum atau disebatikan bersama. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini dalam minda. Didalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk “ratqh”.

Keduanya dipisahkan (fataq) dengan kemunculan satu daripada yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila “ kita membayangkan saat pertama terjadinya Big Bang, kita dapat melihat bahawa keseluruhan materi (bahan) alam semesta dipadatkan di dalam sebuah titik tunggal.”

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang ketika itu belum diciptakan adalah berada dalam situasi cantuman (bercantum satu sama lain ) atau sesuatu yang padu.

Titik ini kemudiannya meletup dengan izin Allah s.w.t. dalam satu letupan besar sekaligus menghuraikan seluruh materialnya iaitu galaksi, bintang-bintang, palnet-planet pun terbentuk seperti apa yang kita dapat saksikan semenjak kita dilahirkan. Maha hebatnya Tuhan yang maha pencipta.

(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )