Tuesday, September 6, 2011

Friday, August 5, 2011

"Menjaga Adab-adab Berpuasa"

Assalamualaikum wbt...kini bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam menjelma lagi. Sejauh manakah kita telah menjaga adab-adab semasa berpuasa di bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan ini??

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pengunjung blog ini berkaitan adab-adab berpuasa :

1)Hendaklah kita menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela, memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

2)Memelihara diri daripada perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkan puasa.

3)Mengurangkan makan dan minum (tidak keterlaluan) semasa berbuka dan bersahur.

4)Mengurangkan tidur sebaliknya banyakkan beribadat.

5)Melaksanakan ibadat puasa dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..

Mudah-mudahan diri yang bercakap terlebih dahulu mampu melaksanakan apa yang diperkatakan...Marilah sama-sama kita mendirikan bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunanNya..insya-Allah boleh.