Adab Buang Air
Dari Salman RA katanya dia ditanya oleh
seseorang:
"Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu
segala-galanya hingga masalah buang air juga?" Jawabnya: Benar! Beliau
melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau
juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari
tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau
dengan tulang.
Huraian Hadith:
1. Buang air adalah suatu kebiasaan yang diselalu
dilakukan setiap hari. Disebabkan oleh kebiasaan itulah seringkali kita
kurang memperhatikan adab-adab dalam melakukannya.
2. Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
a. Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab al-Qur'an atau
sebahagian dari ayat-ayatnya..
b. Membaca doa sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari
tandas.
c. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan
ketika keluar.
d. Tidak mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya sebagai
menghormati Kaabah..
e. Mengelak membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di
dalamnya.
f. Mengelak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat
laluan manusia.
g. Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang tergenang atau
air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci.
h. Tidak mencuci kotoran dengan tangan kanan yang menyentuh kotoran
untuk menjaga kebersihan.
i. Dilarang bercakap ketika qada' hajat, tidak boleh memberi salam,
menjawab salam dan berzikir secara lisan.
3. Istinjak bermaksud bersuci sesudah buang air besar mahupun air kecil
iaitu membersihkan air kecil mahupun besar dari badan dengan air dan
jika tidak ada air bolehlah beristinjak dengan batu atau benda-benda
lain yang meresap.
DISCLAIMER: PENYEDIA BLOG tidak bertanggungjawab atas
kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap
maklumat yang diperolehi daripada website ini.
No comments:
Post a Comment