Friday, May 1, 2009

SUARA MASJID AR-RAHIM PEKAN KENINGAU
EDISI KEEMPAT 04/2009 DITERBITKAN OLEH SYUKBAH AGAMA & DAKWAH
masjidpekankeningau.blogspot.com / masjidarrahim@gmail.com
Oleh: Ustaz Hj. Mohd Rusli bin Ismail(http://anaktokimam.blogspot.com/)

1. Doa sebelum tidur.
اللهم قني عذابك يوم تجمع أو تبعث عبادك
Ya Allah, lindungilah aku daripada azab-Mu, pada hari engkau menghimpun dan membangkitkan hamba-mu.
Dalil:
عن ربعي بن حراش عن حذيفة ابن اليمان "أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أن ينام وضع يده تحت رأسه ثم قال: اللهم قني عذابك يوم تجمع أو تبعث عبادك". هذا حديثٌ حسنٌ صحيحٌ.
Bahawa Nabi SAW. Apabila baginda mahu tidur baginda meletakkan tangannya di bawah kepalanya kemudian berkata: “ Ya Allah, lindungilah aku daripada azab-Mu, pada hari engkau menghimpun dan membangkitkan hamba-mu.
باسمك اللهم أموت وأحيا

Dengan menyebut nama Engkau Ya Allah, aku mati dan aku hidup
2. Doa bangkit daripada tidur:
الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami
setelah mematikan kami dan kepada-Nya hari kebangkitan
Dalil:
عن حذيفة قال:كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن ينام قال: (باسمك اللهم أموت وأحيا). وإذا استيقظ من منامه قال: (الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور).
Daripada Huzaifah katanya: “Bahawa Nabi SAW. Apabila baginda hendak tidur baginda berkata: (Dengan menyebut nama Engkau Ya Allah, aku mati dan aku hidup). Dan apabila baginda bangkit daripada tidur baginda berkata:(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya hari kebangkitan.)

Sebab-sebab mudah untuk bangun qiamullail
1. Sebab-sebab zahir :
* Tidak makan terlalu banyak. Banyak makan akan mendorong kita tidur banyak dan menyebabkan kita merasa malas untuk qiamullail.
* Tidak melakukan kerja-kerja yang terlalu membebebankan pada siang hari.
* Tidak meninggalkan tidur qailullah (tidur sekejap sebelun atau sesudah zohor) pada siang hari kerana ia menolong untuk bangkit pada malam hari.

2. Antara sebab-sebab batin pula ialah:
* Menjauhkan diri daripada melakukan dosa. Al-Thauri berkata: "Aku dihalang untuk qiamullail selama lima bulan kerana satu dosa yang aku lakukan".
* Bersih hati daripada prasangka dan perasaan tidak baik kepada orang Islam.
* Menjauhkan diri daripada amalan bidaah.(perkara yang direka-reka dalam amalam agama)
* Berpaling daripada kemewahan dunia.(tidak tertipu dengan dunia).
* Mengetahui kelebihan qiamullail.




Petua untuk mudah bangun tidur.

Amalan ini saya tidak jumpai dalam hadis nabi. Saya ambil daripada ustaz-ustaz. Boleh diamalkan kerana ianya merupakan bacaan daripada ayat Al-Quran. Amalan tersebut ialah membaca empat ayat terakhir daripada surah al-Kahfi sebelum melelapkan mata:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا ﴿١٠٧﴾ خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا ﴿١٠٨﴾ قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا ﴿١٠٩﴾ قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿١١٠﴾
107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal,
108. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.
109. Katakanlah: sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".
110. Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". SURAH AL-KAHFI AYAT 107 -110)
Sumber:
1- Sahih Bukhari, 2. Jami’ Tirmizi
3. Ihya ulumuddin karangan Al-Imam Al-Ghazali
4. http://anaktokimam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment