Friday, May 1, 2009

DOA SEORANG ISTERI MUSLIMAH

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insanYa Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan MuSekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah …sesungguhnya. . Aku
lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

3 comments:

  1. 1. seorang wanita yang shalihah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki sholih.
    2. seorang wanita yg jahat akhlaknya, lebih buruk drpd 1000 orang lelaki yang buruk akhlaknya.
    3. apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburkannya, maka ia akan mendapat pahala setengah jihad.
    4. bagi seorang wanita hamil, dua rakaat solat lebih baik drpd 80 rakaat solat wanita tidak hamil.
    5. apabila seorang wanita hamil hingga melahirkan anak, maka Allah swt akan memberikannya pahala bagaikan berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam..
    6. seorang wanita yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah melahirkan anak, maka dia akan mendapat pahala syahid.
    7. Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya bahkan memujuknya, maka ibu itu akan mendapat phala ibadah.
    8. seorang wanita yang melahirkan akan medapat pahala 70 tahun solat sunat dan puasa, dan setiap kesakitan yang dialaminya ketika melahirkan ,mendapat pahala haji yang diterima Allah.
    9. Apabila seorang wanita tidak dapat tidur pada malam hari kerana mengurus anaknya yang sakit atau demam, maka Allah swt akan memberinya ganjaran kepadanya seperti memerdekakan 20 orang hamba sahaya.
    10. seorang wanita yang tidak dapat tidur pada waktu malam kerana menyusui anaknya, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan diberi pahala 12 tahun ibadah.
    11. Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berzikir, maka Allah swt akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman Ka’abah.
    12. seorang isteri yang mendorong suaminya untuk keluar di jalan Allah, dan redha serta menanggung sedikit penderitaan kerana ditinggalkan suaminya, maka Allah swt akan memasukkanya ke dalam syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya memasuki syurga, dan wanita itu menantinya di pintu syurga.
    13. seorang wanita yang memerah susu sapi dan diawali dengan Bismillah, maka Allah swt akan memberi keberkahan rezeki bagi penghuni rumah itu.
    14. seorang wanita yang memandang kepada lelaki yang bukan mahramnya, maka Allah swt akan mengutuknya.
    15. seorang isteri yang mengerjakan solat,berpuasa pada bulan Ramadhan, dan menjaga amanah suaminya, maka Allah swt akan memasukkanya ke dalam syurga melalui pintu mana yang disukainya.
    16. semua penghuni syurga akan menemui Allah yang kekerapannya tergantung kepada amalanya di dunia, tetapi wanita yang memelihara dirinya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya, maka Allah swt sendiri yang akan datang kepadanya.

    ReplyDelete
  2. Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda,”apabila seorang wanita mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan,memelihara kemaluannya, serta taat kepada suaminya, maka dia pasti masuk syurga dari pintu mana saja yang disukainya.”

    Ada sebuah kisah seorang lelaki pada zaman Rasulullah saw yang akan berangkat perang. Dia berpesan pada isterinya,”Wahai isteriku,janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah sampai aku kembali.” Secara kebetulan ayah wanita itu sakit tenat. Ia segera menyuruh seseorang untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah saw. Beliau berkata,”Taatilah suamimu.”. Bukan sekali wanita itu dihantar utusan supaya dia menjenguk ayahnya yang sakit tenat,namun dia tetap taat mentaati suaminya untuk tidak meninggalkan rumah sampai akhirnya ayahnya meninggal dunia, dia tetap tidak menjenguk ayahnya dan bersabar sampai suaminya kembali. Maka Allah swt berfirman kepada nabi saw,”sesungguhnya Aku telah mengampuni wanita tersebut disebabkan dia mentaati suaminya”.

    Salman al-Farisi r.a berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.a mengunjungi Rasullullah saw. Ketika dia memandang ayahnya, tiba-tiba dia menangis. Rasulullah saw bertanya,” Apa yang menimpamu, wahai puteriku?”. Fatimah menjawab,” Ya,Rasul, semalam aku dan suamiku (Ali r.a ) bercanda hingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan dia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih. Aku berkata,wahai kekasihku dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu.Hal itu kulakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali,hingga akhirnya dia memaafkan dan tersenyum padaku. Namun aku masih tetap takut kepada Tuhanku. “

    Nabi saw bersabda. “Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suamimu memaafkanmu, maka aku tidak akan mensolati jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah. Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imran, tetapi suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami, dan bercumbu rayu dengannya. “

    ReplyDelete
  3. Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,” seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka akan ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan 8 pintu syurga yang dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa hisab.”.

    ReplyDelete