Keajaiban Saintifik Al-Quran

Pengenalan
14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur’an kepada umat
manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang
kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat
ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan
kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat
di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah
kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri
keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan.
Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran
saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad
ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur’an 1400 tahun
dahulu.
Sudah tentu Al-Qur’an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak
fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang
amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan
teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa
penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur’an adalah kalam
Tuhan.
Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur’an, pertamanya kita akan
melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.
Pada abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan. Masyarakat arab telah
pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan
dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki
alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada
legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka
mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka
percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat
gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka
menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan
kubah langit di atas.
Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh
Al-Qur’an. Dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang
meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan
kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan
gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah
dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.
Al-Qur’an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit
mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai
pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur
atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi.
Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan
di dalam kitab suci Al-Qur’an bersama-sama.
Kewujudan Alam Semesta
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An’aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah satu fakta yang
sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan
yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta,
bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu
letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar.
Fenomena ini yang
dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah
diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik
tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah
satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan
mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang
wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau
masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya
ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui
kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400
tahun lalu.

Pengembangan Alam Semesta
Dalam Al-Qur’an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan
tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam
semesta telah diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble
Perkataan ‘langit’ yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam
banyak tempat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa dan
cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud
ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur’an mendedahkan hakikat mengenai proses
pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang
diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam
dunia sains ialah bahawa ‘alam semesta mempunyai sifat konstan (statik)
dan telah wujud tanpa keterbatasan masa’. Kajian, pemerhatian dan
pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi
moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud
dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander
Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat
pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan
pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang
dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika
yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop,
mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak
menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di
mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama
mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu.
Pemerhatian
yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta
adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam
Al-Qur’an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh
manusia. Ini adalah kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta
dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
Pemisahan Langit Dan Bumi
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit
dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit
penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air
Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada
juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul
bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk
merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh.
Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab
dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah
bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas
dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan
menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit
dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di
pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi.
Apa yang
menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita
melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam
semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang
masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini
dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan
yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini
membentuk keseluruhan struktur alam semesta.
Apabila kita membandingkan
pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik,
kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna
di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah
penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
Orbit
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur’an, ianya
ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit
tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap
mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah ditemui melalui
pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar
astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000
km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem
Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam
secara anggaran.
Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan
satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem
solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua
bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan
pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang
mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari
bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet
ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati
orbit-orbit yang telah dicongak.
Untuk berapa juta tahun, semuanya
‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan
yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet
yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah
ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad
langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak
pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan.
Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang
memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia tidak
mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian
yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa
pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya
suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa
ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’ seperti yang
dinyatakan dalam Al-Qur’an.
Bagaimanapun, hal ini secara jelas
diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu
-kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
Bentuk Sfera Bumi
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan
malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam… (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam
semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai
‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan dalam bahasa
inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain,
dililit sebagai satu pakaian yang terhampar.
Sebagai contoh, dalam kamus
arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu
mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang
membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai
bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi
adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur’an, yang
diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara
kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai
astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan
bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan
penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini.
Ayat Al-Qur’an
bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad
sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, perkataan yang
paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam
smesta.
Sumber: http://ww.darulkautsar.net/
No comments:
Post a Comment