Monday, March 30, 2009

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله ( ص ) : كل سلامى من الناس عليه صدقة , كل يوم تطلع فيه الشمس يعدل بين الأنين صدقة ويعين الرجل على دابة فيحمل ءليها او يرفع عليها متاعه صدقة والكلمة الظيبة صدقة وكل خطوة يخطوها الى الصلاة صدقة ويمط الأذى عن الطريق صدقة
Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah, membantu orang lain dengan mengangkatnya ke atas binatang tungganganya ( kenderaan ) atau mengangkat barang-barangnya ke atas binatang tungangganya ( kenderaan ) adalah sedekah, satu kalimah yang baik adalah sedekah, setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang merbahaya di jalan adalah sedekah ( Riwayat al-Bukhari

Sunday, March 22, 2009

Tujuh golongan manusia Allah akan memberi kepada mereka di dalam perlindungan_Nya pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindindungan-Nya . Imam yang adil , pemuda yang membesar di dalam beribadah kepada Tuhannya , lelaki yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid , dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah , mereka bertemudan berpisah kerana-Nya , seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan rupawan tetapi lelaki itu berkata : Aku takutkan Allah . Seorang lelaki yang bersedekah dengan senyap-senyap sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengigati Allah dalam keadaan kesunyianlalu berlinang airmatanya.
(al-Bukhari di dalam ibn Hajar 2:143 )

Syarah Hadis Secara Ringkas

Di dalam hadis ini Rasulullah telah menceritakanbahawa ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah (S.W.T ) pada hari kiamat nanti. Hari yang amat dahsyat, amat panas tiada perlindungan pada hari itu kecuali mereka yang mendapat perlindungan daripada Allah ( S.W.T)

Mereka ialah imam yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah ( S.W.T ) , lelaki yang cinta kepada masjid , apabila dia keluar darinya cinta untuk kembali kepadanya, dua orangyang berkasih saying kerana Allah, mereka bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya , seorang lalki yang dirayu oleh seorangwanita yang mempunyai kedudukan dan rupawan dia menjawap : Aku takutkan Allah, seorang yang mendermakan dengan diam-diam sehingga tangan kirnya tidak mengetahui apa yang didermakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengigati Allah ( berzikir kepada Allah ) dengan keadaan seorang diri lalu berlinanglah air matanya .

Monday, March 9, 2009

Majlis Forom Maulidur Rasul









08/03/2009 Majlis forom sambutan maulidur Rasul telah diadakan bertempat di Masjid Ar Rahim. Pengerusi majlis tersebut ialah Ustaz Rosli Ismail dan ahli panel ialah Ustaz Mohd Kamal Daud , Ustaz Zul Waqar dan Ustazah