Tujuh golongan manusia Allah akan memberi kepada mereka di dalam perlindungan_Nya pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindindungan-Nya . Imam yang adil , pemuda yang membesar di dalam beribadah kepada Tuhannya , lelaki yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid , dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah , mereka bertemudan berpisah kerana-Nya , seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan rupawan tetapi lelaki itu berkata : Aku takutkan Allah . Seorang lelaki yang bersedekah dengan senyap-senyap sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengigati Allah dalam keadaan kesunyianlalu berlinang airmatanya.
(al-Bukhari di dalam ibn Hajar 2:143 )
Syarah Hadis Secara Ringkas
Di dalam hadis ini Rasulullah telah menceritakanbahawa ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah (S.W.T ) pada hari kiamat nanti. Hari yang amat dahsyat, amat panas tiada perlindungan pada hari itu kecuali mereka yang mendapat perlindungan daripada Allah ( S.W.T)
Mereka ialah imam yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah ( S.W.T ) , lelaki yang cinta kepada masjid , apabila dia keluar darinya cinta untuk kembali kepadanya, dua orangyang berkasih saying kerana Allah, mereka bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya , seorang lalki yang dirayu oleh seorangwanita yang mempunyai kedudukan dan rupawan dia menjawap : Aku takutkan Allah, seorang yang mendermakan dengan diam-diam sehingga tangan kirnya tidak mengetahui apa yang didermakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengigati Allah ( berzikir kepada Allah ) dengan keadaan seorang diri lalu berlinanglah air matanya .
No comments:
Post a Comment