Friday, July 17, 2009

Jiran

Daripada Aishah r.ah daripada nabi S.A.W bersabda :
Jibril sentiasa berwasiat ( berpesan ) kepadaku
supaya berbuat baik kepada jiran tetangga sehingga
aku menyangka jiran akan mewarisi jirannya.

( riwayat al Bukhari 1991 Kitab al adab bab al wasat bi al-jar)

Syarah Ringkas

Secara umumnya hadis ini menjelaskan tentang tuntutan kewajipan menghormati dan memuliakan jiran dengan berbuat baik serta menunaikan hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh jiran. Tuntutan ini disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah S.A.W berulang kali sehingga baginda menyangka jiran menjadi waris jirannya. Kekerapan Jibril A. S datang kepada Rasulullah S.A.W membawa pesanan tersebut menunjukan bahawa tuntutan merupakan sesuatu yang amat besar dan penting untuk dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W seterusnya untuk dijadikan panduan oleh umatnya.

Sangkaan Rasulullah S.A.W ini bukan menunjukkan Baginda tidak memahami hukum perwarisan kerana jelas hukumnya, tetapi untuk menunjukkan betapa penjagaan hak jiran amat dititik beratkan oleh Islam agar mengambil peringatan yang sewajarnya dalam hal menjaga hubungan baik dan menghormati jiran.

Sumber : Prof. Madya Dr. Jawiah Dakir

No comments:

Post a Comment