Sunday, March 25, 2012

Taqwa Hati

Wednesday, March 14, 2012
Taqwa Hati
Share

عن أبي هريرة؛ رفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم قال:
إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم. ولكن إنما ينظر إلى أعمالكم وقلوبكم

Hadis marfuk daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu".

Memiliki rupa paras yang menarik serta harta yang melimpah ruah menjadi idaman manuasia. Naluri manusia sukakan paras rupa dan bergaya ditambah lagi dengan harta. Manusia boleh menjadi hilang pertimabangan hanya kerana mahu menjaga oaras rupa dan merebut harta.

Ramai orang sanggup menghabiskan masa dan harta hanya kerana mahu menjaga penampilan diri supaya tampak bergaya. Lelaki ataupun wanita mahu dipandang hebat di hadapan khalayak. Mereka akan risau jika penampilan tidak cantik dengan jerawat yang berbintik.

Penilaian Allah bukan kepada gambaran luaran. Allah nilai manusia dari segi amalan dan hatinya. Inilah yang sepatutnya diambil berat oleh kita. Ingatlah, badan yang kita gosok tiap-tiap hari dengan sabun, rambut yang kita syampukan dan diletakkan hiasan, bentuk tubuh badan yang menawan, kelak satu hari nanti akan dimandikan, dikapankan dan dikebumikan.
Posted by mohdrusli at 8:27 AM 0 comments
Labels: Tazkirah
Thursday, March 15, 2012
Umrah Kanak-kanak
Share

Berapa hari yang lalu saya telah dihubungi oleh seorang kawan bertanyakan tentang umrah budak belum mumayyiz. Kawan saya ini akan menunaikan umrah bersama isteri dan anak kecilnya yang sebaya dengan anak saya, Muhammad. Nama anak kawan saya ini juga Muhammad. Catatan tentang Muhammad boleh dibaca di teratak bayt al Iman.

Secara ringkasnya kanak-kanak tidak diwajibkan haji ataupun umrah, tetapi jika dikerjakan juga, ibadatnya sah. Pahala akan diberi kepada anak ini dan juga ibu bapanya yang menolognya menjalankan ibadat. Ibadat haji dan umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak tidak gugur kewajipannya jika kanak-kanak ini sudah cukup umur.

Al imam Muslim dalam kitab sahih Muslim menyebut satu hadis nabi dalam kitab haji, bab sahnya ibadat haji bagi budak kecil dan pahala bagi orang yang melakukan ke atasnya, hadis nombor 1336:

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bertemu dengan sekelompok orang yang berkenderaan di Rawha' - sebuah tempat di dekat Madinah, lalu baginda bertanya "Siapakah kaum ini?" Mereka menjawab: "Kita kaum Muslimin." Kemudian mereka bertanya: "Siapakah Tuan?" Baginda menjawab: "Saya Rasulullah." Kemudian ada seorang wanita yang mengangkat seorang anak kecil di hadapan bagimnda lalu bertanya: "Adakah anak ini perlu beribadat haji?" Baginda menjawab: "Ya dan untukmu - wanita itu - juga ada pahalanya." (Riwayat Muslim)

Al imam an nawawi menaqalkan hadis ini dalam kitabya Riyadhus solihin dalam bab bekerjasama dalan kebaikan dan ketaqwaan. As Syaikh Uthaimin dalam syarahan beliau berkenaan hadis ini menyatakan bahawa haji budak kecil adalah sah. Kanak-kanak belum baligh akan mendapat pahala di atas kebaikan yang dilakukan dan tidak mendapat dosa kerana belum sampai umur taklif.

Posted by mohdrusli at 9:22 PM 0 comments
Labels: Riyadhus solihin, soal jawab