Friday, August 5, 2011
"Menjaga Adab-adab Berpuasa"
Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pengunjung blog ini berkaitan adab-adab berpuasa :
1)Hendaklah kita menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela, memaki-hamun dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
2)Memelihara diri daripada perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkan puasa.
3)Mengurangkan makan dan minum (tidak keterlaluan) semasa berbuka dan bersahur.
4)Mengurangkan tidur sebaliknya banyakkan beribadat.
5)Melaksanakan ibadat puasa dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..
Mudah-mudahan diri yang bercakap terlebih dahulu mampu melaksanakan apa yang diperkatakan...Marilah sama-sama kita mendirikan bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunanNya..insya-Allah boleh.
Tuesday, October 19, 2010
KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)
Sepotong ayat lain mengenai penciptaan langit dalam Al-Quran terdapat dalam ayat :
“ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan
bumi itu dahulunya berpadu ( Satu unit ciptaan )lalu Kami pisahkan keduanya
. Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup “ (Surah Al-Anbiya: 30)
• “ Dari air segala benda hidup “ – semua tumbuhan bermula dengan biji benih yang mulai tumbuh apabila adanya air, begitu juga dengan haiwan dan manusia semuanya bermula dari setitik air mani yang hina – wallhu’alam.
Kalimah “ratqh” diertikan sebagai jahitan yang bermaksud “ dicantum bersama, disebatikan ” dalam kamus bahasa arab. Ia digunakan untuk merujuk dua intipati berbeza yang membina sesuatu yang padu.
Frasa “ Kami pisahkan “ adalah perkataan “ fataq “ di dalam bahasa arab dan menggambarkan mewujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur yang dicantum atau disebatikan bersama. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini dalam minda. Didalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk “ratqh”.
Keduanya dipisahkan (fataq) dengan kemunculan satu daripada yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila “ kita membayangkan saat pertama terjadinya Big Bang, kita dapat melihat bahawa keseluruhan materi (bahan) alam semesta dipadatkan di dalam sebuah titik tunggal.”
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang ketika itu belum diciptakan adalah berada dalam situasi cantuman (bercantum satu sama lain ) atau sesuatu yang padu.
Titik ini kemudiannya meletup dengan izin Allah s.w.t. dalam satu letupan besar sekaligus menghuraikan seluruh materialnya iaitu galaksi, bintang-bintang, palnet-planet pun terbentuk seperti apa yang kita dapat saksikan semenjak kita dilahirkan. Maha hebatnya Tuhan yang maha pencipta.
(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )
KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)
Dalam Al-Quran yang diwahyukan 1400 tahun lalu di saat pengetahuan tentang astronomi masih primitive, fakta mengenai fenomena pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
“ Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan dan sesungguhnya
Kami benar-benar meluaskannya. “ (Surah Az-Dzariyat: 47)
Perkataan langit yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak ayat yang bermaksud raung angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, perkataan tersebut digunakan dengan maksud yang sama dan merujuk kepada alam semesta yang mengembang. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan di dalam bidang sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke-20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa “ alam semesta bersifat konstan (statik) dan telah wujud sejak azali”. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui pelbagai infrastruktur teknologi moden pada hakikatnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.
Seawal abad ke-20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia adalah berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengumumkan bahawa bebintang dan seluruh galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan.
Sebuah alam semesta di mana seluruh objek di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi antara satu sama lain jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.
Fakta ini telah dijelaskan dalam Al-Quran ketika ia masih belum pernah diketahui oleh sesiapa. Ini adalah kerana Al-Quran adalah Kalam Allah s.w.t, maha Pencipta dan Pemerhati bagi seluruh alam semesta.
• Bermula dari saat letupan Big Bang, alam semesta secara konstan berkembang pada kelajuan yang besar. Para saintis membandingkan pengembangan alam semesta dengan permukaan sebiji belon yang ditiup kembang.
(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )
KEAJAIBAN AL-QURAN(Penulis Buku : Harun Yahya)
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Quran dalam ayat :
“ Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. “ (Surah Al-An’am:101)
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Quran ini adalah sebuah fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Seperti yang kami nyatakan lebih awal, kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik menyimpulkan bahawa alam semesta, bersama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui sebuah letupan yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari alam tiada sebagai melalui sebuah letupan titik tunggal.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semua ini sebenarnya telah diciptakan secara serentak. Fakta ini yang baru Berjaya diketahui melalui kajian yang dijalankan di dalam bidang fizik moden, telah dinayatakan dalam Al-Quran 1400 tahun lalu.
Alat pengesan sensitif di satelit angkasa COBE yang dilancarkan oleh NASA pada tahun 1992 telah Berjaya mengesan kesan bukti fenomena Big Bang. Penemuan ini menjadi bukti bagi teori Big Bang yang merupakan penjelasan saintifik mengenai fakta bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan.
(Jee.R.D/ Syukbah Agama / Feb 20, 2010 )
Sunday, June 13, 2010
Saturday, November 21, 2009
BAB3: HARI INI MILIK ANDA
Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.
Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu' membaca dan memahami Al-Qur'an secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlaq, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.
Untuk hari ini, anda harus mula membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat Tuhan, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian, hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.
- Firman Allah:...Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur...(Al-A'raf: 144)
Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati.
Jangan lupa, hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda bekerja: "Hari ini adalah milikmu. " Yakni; apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin, yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari, padahal masih ada dalam angan-angan.
Apabila pada hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan, maka mengapa anda harus bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin, atau menginginkan air esok yang masin dan panas?
Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "masa hidupku hanyalah pada hari ini." Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.
Dan itu akan membuatkan anda berkata dalam hati: "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja; tidak bercakap kotor dan yang menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan berselerak. Dan kerana hanya ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku."
Kerana akan hanya hidup pada hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah berpegang teguh pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.
Aku hanya akan hidup pada hari ini, kerana itu akau akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya, dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat takabur, ujub, riya' dan buruk sangka.
Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang sesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, meghormati orang-orang alim, menyayangi anak kecil dan berbakti kepada orang tua.
Aku akan hanya hidup hari ini, maku aku akan mengucapkan: "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak akan kembali lagi."
"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."
"Hari ini milik anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan", kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenagkan.
Jee.R.D/Syukbah Agama/Kitab: La Tahzan / Jangan Bersedih.



