Tuesday, October 27, 2009

JOM SOLAT

Sejadah pun mahu solat. kalau orang Islam tidak mahu solat tidak tahu apa mau jadi.























Sunday, October 18, 2009

BAB2: BERATNYA MAUT DAN KENGERAINNYA

Nabi s.a.w. bersabda: Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya.

Ketika Rasulullah menyatakan demikian, sahabat berkata: Ya Rasulullah kita semua tidak suka mati. Jawab Nabi s.a.w.: Bukan itu, tetapi seorang mukmin bila akan mati datang malaikat yang membawa khabar gembira kepadanya apa yang dijanjikan Allah kepadanya, sehingga ia suka dan senang akan bertemu kepada Allah, sebaliknya orang kafir jika akan mati datang malaikat yang mengancamnya dengan siksa Allah, yang akan dihadapinya sehingga ia tidak suka bertemu kepada Allah.

Abu Laits berkata: Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal soleh (baik) dan meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya, sedang Nabi s.a.w. telah menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia, sebab penderiataan dunia itu termasuk seksa dunia, sedang seksa dunia ini jauh lebih ringan dibanding dengan seksa akhirat, sedang maut termasuk seksa akhirat.
Maka Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa persiapan untuk maut itu termasuk asas dari ilmu, kerana itu harus diutamakan sebelum lain-lainya.

Firman Allah s.w.t: " Maka siapa yang dikehendaki mendapat hidayah, dilapangkan dadanya untuk menerima Islam, dan siapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatan maka menjadikan dadanya sempit sukar, bagaikan akan naik ke langit." ( Al-An'am: 125 )

Nabi s.a.w. bersabda: Pergunakanlah lima sebelum tibanya lima. Mudamu sebelum tuamu, dan sihat sebelum sakit, dan lapangmu sebelum sibuk, dan kayamu sebelum kekurangan (miskin), dan hidupmu sebelum mati.

Dalam pelajaran ini Nabi s.a.w. telah menghimpun ilmu yang banyak, sebab seseorang dewasa akan dapat berbuat apa yang tidak dapat dilakukan sesudah tua, dan pemuda jika terbiasa berbuat doas, sukar baginya menghentikannya jika telah tua, maka seharusnya seorang pemuda membiasakan diri berbuat baik di masa muda supaya ringan baginya melakukannya bila telah tua. Demikian pula, seharusnya masa sihat itu digunakan untuk lebih rajin berbuat amal soleh, sebab jika telah sakit pasti lemah badannya dan kurang kekuasaannya. Sama halnya semasa kaya, seharusnya banyak bersedekah untuk menginfakkan hartanya di jalan Allah kerana setelah miskin hartanya amat sedikit hanya cukup untuk keperluan diri dan keluarganya, maka hilanglah keupayaan infaknya di jalan Allah. Demikian pula semasa lapang yakni di malam yang sunyi seharusnya digunakan untuk beribadat malam dan berpuasa di siangnya. Sabda Nabi s.a.w.: Dan terutama masa hidup sebelum mati, sebab tiap detik dari hidupmu itu sebagai permata yang sangat besar harganya bila engkau gunakan benar-benar untuk kesejahteraan dunia, akhiratmu.
Umar r.a. berkata kepada ka'ab:Terangkanlah kepada kami tentang maut. Ka'ab berkata: Maut itu bagaikan pokok berduri dimasukkan ke dalam tubuh anak Adam, maka duri berkait dengan urta, lalu dicabut oleh seorang yang kuat sehingga dapat memutuskan apa yang terputus, dan meninggalkan apa yang masih tertinggal.
Anas r.a. berkata:Nabi s.a.w. bersabda: mati itu bagaikan kenderaan seorang mukmin.
Ibnu Mas'ud r..r. berkata:Nabi s.a.w. ditanya: Siapakah mukmin yang utama? Jawab Nabi s.a.w.: Yang terbaik akhlaknya. Dan mukmin yang manakah yang terkaya? Jawabnya: Yang banyak ingat mati, dan baik persediaannya.
Nabi s.a.w bersabda: Orang yang sempurna akal ialah yang selalu bermuhasabah atass dirinya, beramal untuk bekal sesudah mati. Sedang orang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsunya dan mengharap pengampunan Allah.(Yakni tanpa amal)...SEKIAN BAB2.
TANBIHUL GHAFILIN (Peringatan Bagi Mereka Yang Lupa )

Jee.R.D./Syukbah Agama/28okt09

BAB1: IKHLAS (Bersih Hati Dari Segala Matlamat Selain Keredhaah Allah)

Nabi s.a.w. telah bersabda: Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil. Shabat berkata: Ya Rasulullah apakah syirik yang kecil itu? Jawabnya: Ryia'. Pada hari pembalasan Kelak, Allah berkata pada mereka: Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia, lihatlah di sana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka.

Ryia' bermaksud beramal untuk dilihat dan mengharap pujian orang (Tiada Keikhlasan). Abul Laits berkata: Dikatakan pada mereka sedemikian itu, kerana amal perbuatan mereka ketika di dunia secara tipuan, maka dibalas pula demikian.

Firman Allah:"Allah membalas cara tipuan mereka itu dan membatalkan semua amal perbuatan mereka itu." (Al-Nisa':142)

Setiap amal yang dikerjakan tanpa keikhlasan kepada Allah, maka Allah lepas tangan daripadanya. Allah tidak menerima amal kecuali yang ikhlas melulu kepada-Nya, maka tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahanam, sebagaimana tersebut dalam ayat 18-19 Al-Israa':"Siapa yang menginginkan dunia dan amalnya, Kami akan berikan kepadanya dari kekayaan dunia bagi siapa yang Kami kehendaki kebinasaannya, kemudian Kami masukkan ia ke dalam neraka jahanam sebagai seorang terhina dan terusir jauh dari rahmat Allah(18). Dan siapa yang menginginkan akhirat dan berusaha dengan sungguh-sungguh dan ikhlas dan disertai iman, maka usaha amal mereka itulah yang terpuji (diterima) (19).

Firman Allah:"Dan Kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu Kami jadikan debu yang berhamburan." (Al-Furqan:23).

Nabi s.a.w bersabda: Adakalanya para malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai ke hadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hamba-Ku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku ini tidak ikhlas kepada-Ku dalam amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan adakalanya membawa naik amal hamba lalu mereka anggap sedikit dan kecil sehingga sampai kepada Allah, maka Allah berfirman kepada para malaikat:Kamu mencatat amal perbuatan hamba-Ku dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatan kepada-Ku, catatlah amalnya dalam illiyin.

Maka yang demikian itu, amal tanpa ikhlas akan sia-sia di sisi Allah. Nyatalah amal yang ikhlas walaupun sedikit lebih baik daripada amal yang banyak tetapi mengharap pujian orang.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Tanda orang yang Ryia' itu ada empat: malas bila sendirian dan tangkas jika dilihat orang dan menambah amalnya jika dipuji dan mengurangi jika dicela.

Syaqiq bin Ibrahim berkata: Benteng amal itu ada tiga: Harus berasa bahawa itu hidayat dan taufik dari Allah, untuk mematahkan rasa UJUB (sombong diri). Harus mengharap redha Allah untuk mematahkan hawa nafsu. Harus mengharapkan pahala dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan Riya', dan dengan ketiga ini amal ikhlas kepda Allah, iaitu mengharap REDHA Allah semata agar amal tersebut diredhaiNya dan tidak beramal disebabkan oleh hawa nafsu, sehingga tidak terpengaruh akan pujian atau celaan orang.

Abul Laits berkata: Siapa yang ingin mendapat pahala amalnya di akhirat, maka harus beramal dengan ikhlas kerana Allah tanpa Ryia', kemudian MELUPAKAN AMAL ITU supaya tidak dirosak oleh rasa ujub (bangga diri), sebab memang selalunya menjaga taat itu lebih berat daripada mengerjakannya.

Abu Bakar Alwaasithi berkata: Maka apabila seorang dapat menghilangkan rasa Ryia' dalam amalnya harus berbuat yang demikian, tetapi bila tidak dapat menghilangkan maka JANGAN SAMPAI TIDAK BERAMAL kerana belum dapat menghilangkan Riya' sebaliknya IA HARUS TETAP BERAMAL kemudian MEMBACA ISTIGHFAR daripada Riya'nya itu, kemudian di lain hari Allah MEMBERINYA TAUFIK untuk IKHLAS dalam amal-amalnya yang lain.

TANBIHUL GHAFILIN (peringatan bagi yang lupa)
(Jee.R.D/Syukhbah Agama/Okt/2009)

Wednesday, September 23, 2009

Haram Bina Tugu @ Binaan Berupa Patung/Berhala



Haram membina Tugu

Nauzubillah. Tolong sebarkan kawan2 ku.....Pesan Professor Datuk Dr Harun DinAl-Hafiz, Seperti yang kite ketahui...Negara kite nie banyak tugu.... Antarayang famousnya ialah Tugu Kebangsaan,Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..
Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram....
ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yangmelawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2...
pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. .
Mufti tersebut tidak mahumenarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah
fatwa sahaja... tiada tindakan undang2yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din,tugu2 ini boleh mendatangkan syirik...Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orangitu..." dan kata beliau lagi... "walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut
iaitu dosa syirik..." Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... "Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. .maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.."Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaanAllah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yangmempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam.Sebarkan email ini kepada umatIslam seramai yang mungkin!!!Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM

© Rakan Masjid. All rights reserved

Ciri-ciri ilmu yang bermanfaat di dalam diri seseorang

YANG KITA LUPAKAN DALAM MENUNTUT ILMU

Bertahun-tahun sudah kita luangkan waktu kita untuk menuntut ilmu. Suka duka yang dirasakan juga begitu banyak. Mengingati masa lalu terkadang membuat kita tersenyum, tertawa dan terkadang membuat kita menangis. Inilah kehidupan yang harus kita jalani.
Kehidupan sebagai seorang thalibul’ilmi. Akan tetapi, mungkin kita sering melupakan, apakah ilmu yang kita dapatkan adalah ilmu yang bermanfaat ataukah sebaliknya.

Penulis teringat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata,
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا

Artinya: “Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah merasa kenyang dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR Muslim No. 6906 dan yang lainnya dengan lafaz-lafaz yang mirip)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saja, yang dijamin oleh Allah untuk menjadi pemimpin Bani Adam di hari akhir nanti, sangat sering mengulang doa-doa ini, apalagi kita, yang sangat banyak berlumuran dosa, sudah seharusnya selalu membacanya.

Mengetahui ciri-ciri ilmu yang bermanfaat dan yang tidak bermanfaat sangatlah penting. Oleh karena itu, berikut ini penulis sebutkan beberapa ciri ilmu yang bermanfaat dan yang tidak bermanfaat yang penulis ambil dari kitab Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali yang berjudul Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf.

Ciri-ciri ilmu yang bermanfaat di dalam diri seseorang:

1. Menghasilkan rasa takut dan cinta kepada Allah.
2. Menjadikan hati tunduk atau khusyuk kepada Allah dan merasa hina di hadapan- Nya dan selalu bersikap tawaduk.
3. Membuat jiwa selalu merasa cukup (qanaah) dengan hal-hal yang halal walaupun sedikit yang itu merupakan sebahagian dari dunia.
4. Menumbuhkan rasa zuhud terhadap dunia.
5. Senantiasa didengar doanya.
6. Ilmu itu senantiasa berada di hatinya.
7. Menganggap bahwa dirinya tidak memiliki sesuatu dan kedudukan.
8. Menjadikannya benci akan tazkiah dan pujian.
9. Selalu mengharapkan akhirat.
10. Menunjukkan kepadanya agar lari dan menjauhi dunia. Yang paling menggiurkan dari dunia adalah kepemimpinan, kemasyhuran dan pujian.
11. Tidak mengatakan bahwa dia itu memiliki ilmu dan tidak mengatakan bahwa orang lain itu bodoh, kecuali terhadap orang-orang yang menyelisihi sunnah dan ahlussunnah. Sesungguhnya dia mengatakan hal itu kerana hak-hak Allah, bukan untuk kepentingan pribadinya.
12. Berbaik sangka terhadap ulama-ulama salaf (terdahulu) dan berburuk sangka pada dirinya.
13. Mengakui keutamaan-keutamaan orang-orang yang terdahulu di dalam ilmu dan merasa tidak bisa menyaingi martabat mereka.
14. Sedikit berbicara karena takut jika terjadi kesalahan dan tidak berbicara kecuali dengan ilmu. Sesungguhnya, sedikitnya perkataan-perkataan yang dinukil dari orang-orang yang terdahulu bukanlah karena mereka tidak mampu untuk berbicara, tetapi kerana mereka memiliki sifat wara’ dan takut pada Allah Taala.

Adapun ciri-ciri ilmu yang tidak bermanfaat di dalam diri seseorang:

1. Ilmu yang diperoleh hanya di lisan bukan di hati.
2. Tidak menumbuhkan rasa takut pada Allah.
3. Tidak pernah kenyang dengan dunia bahkan semakin bertambah semangat dalam mengejarnya.
4. Tidak dikabulkan doanya.
5. Tidak menjauhkannya dari apa-apa yang membuat Allah murka.
6. Semakin menjadikannya sombong dan angkuh.
7. Mencari kedudukan yang tinggi di dunia dan berlomba-lomba untuk mencapainya.
8. Mencoba untuk menyaing-nyaingi para ulama dan suka berdebat dengan orang-orang bodoh.
9. Tidak menerima kebenaran dan sombong terhadap orang yang mengatakan kebenaran atau berpura-pura meluruskan kesalahan karena takut orang-orang lari darinya dan menampakkan sikap kembali kepada kebenaran.
10. Mengatakan orang lain bodoh, lalai dan lupa serta merasa bahwa dirinya selalu benar dengan apa-apa yang dimilikinya.
11. Selalu berburuk sangka terhadap orang-orang yang terdahulu.
12. Banyak bicara dan tidak bisa mengontrol kata-kata.


Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata, “Di saat sekarang ini, manusia boleh memilih apakah dia itu ridha untuk dikatakan sebagai seorang ulama di sisi Allah ataukah dia itu tidak ridha kecuali disebut sebagai seorang ulama oleh manusia di masanya. Barang siapa yang merasa cukup dengan yang pertama, maka dia akan merasa cukup dengan itu… Barang siapa yang tidak ridha kecuali ingin disebut sebagai seorang ulama di hadapan manusia, maka jatuhlah ia (pada ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam),
من طلب العلم ليباهي به العلماء أو يماري به السفهاء أو يصرف وجوه الناس إليه فليتبوأ مقعده من النار
Artinya: “Barang siapa yang menuntut ilmu untuk menyaing-nyaingi para ulama, mendebat orang-orang bodoh atau memalingkan wajah-wajah manusia kepadanya, maka dia itu telah mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” (*)
*) Dengan Lafaz yang seperti ini, penulis belum menemukannya dengan sanad yang shahih. Akan tetapi, terdapat lafaz yang mirip dengannya di Sunan At-Tirmidzi No. 2653 dengan sanad yang hasan, yaitu:
من طلب العلم ليجاري به العلماء أو ليماري به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار
***
اللهم إني أسألك علما نافعا و رزقا طيبا و عملا متقبلاز آمين
Maraji’:
1. Bayan Fadhli ‘Ilmissalaf ‘ala ‘Ilmilkhalaf oleh Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali, Dar Al-Basya’ir Al-Islamiah
2. Shahih Muslim, Dar As-Salam
3. Sunan At-Tirmidzi, Maktabah Al-Ma’arif
***
Penulis: Ustadz Said Yai Ardiansyah (Mahasiswa Fakultas Hadits, Jami’ah Islamiyah Madinah, Saudi Arabia)
Artikel www.muslim.or.id

Sunday, September 13, 2009

RAMADHAN..APAKAH..KITA..AKAN..BERSUA..LAGI..

RAMADHAN sudah di ambang senja..
Sebentar lagi SYAWAL bakal menjelma..

TANYALAH..pada setiap DIRI..

APAKAH yang telah KUISIKAN sepanjang Ramadhan kali ini..

..SEMPURNAKAH IMANKU..
..KHUSYUKKAH SOLATKU..
..IKHLASKAH AMALKU..
..BERSYUKURKAH AKU bagi setiap NIKMAT ILLAHI..
..BERSABARKAH AKU menghadapi setiap CUBAANNYA..
..REDHOKAH AKU akan segala KETENTUANNYA..

AKHIRNYA..

Telahkah KUTEMUI LAILATULQADAR..

NUKILAN (JEE.R.D/SYUKBAH AGAMA/SEPT/09/B1)