JEE.R.D/SYUKBAH
Monday, April 16, 2012
Saturday, April 14, 2012
Jadual Kuliah Maghrib & Kuliah Mingguan
JADUAL KULIAH MAGHRIB & KULIAH DI HUJUNG MINGGU, MASJID AR-RAHIM, PEKAN KENINGAU 2012
| HARI | NAMA PENGKULIAH MAGHRIB (MINGGU 1 & 3) | NAMA PENGKULIAH MAGHRIB (MINGGU 2 & 4) | NAMA PENGKULIAH (HUJUNG MINGGU) |
| ISNIN |
SYARAH RIYADUS SOLIHIN UST. HJ MOHD RUSLI ISMAIL
|
SYARAH RIYADUS SOLIHIN UST. HJ MOHD RUSLI ISMAIL
|
-- |
| SELASA | TAFSIR AL-QURAN UST. ABDUL MUEIN MOHD NOOR
| TAFSIR AL-QURAN UST. ABDUL MUEIN MOHD NOOR
|
-- |
| RABU | SIRAH SAHABAT UST. ZULWAQAR HJ MUMTAZ
| SIRAH NABAWIAH UST. HILMI MOHAMED
|
-- |
| KHAMIS | BACAAN YAASIN UST.HJ. MUKHTAR ZAINUDDIN
| BACAAN YAASIN UST.HJ. MUKHTAR ZAINUDDIN
|
-- |
| JUMAAT
| MUSTIKA HADIS UST.MISRI BOHARI | MUZAKARAH ILMIAH UST. SOBRI HJ OTHMAN
|
--
|
| SABTU | KELAS PENGAJIAN AL-QURAN
UST.HJ. MUKHTAR ZAINUDDIN
| KELAS PENGAJIAN AL-QURAN
UST.HJ. MUKHTAR ZAINUDDIN
| KELAS PENGAJIAN IBU-IBU (MUSLIMAT) (2.30 PTG-5.00 PTG) DI BILIK GERAKAN
UST.HJ. MUKHTAR ZAINUDDIN
|
| AHAD | FEQH MANHAJI
UST. HJ MUHAMMAD HAZIQ HJ. AB. RAHMAN
| FEQH MANHAJI
UST. HJ MUHAMMAD HAZIQ HJ. AB. RAHMAN
| KULIAH SUBUH
KITAB HIDAYATUS SALIKIN
UST. HJ MOHD RUSLI ISMAIL
|
"Marilah kita mengimarah masjid...."
Firman Allah Subhanahu Wata'ala :
“Hanya yang berhak memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah; mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk”( Surah At-Taubah : 18 ).
Huraian:
Allah swt menerangkan orang-orang yang berhak memakmurkan masjidNya, iaitu orang-orang yang disebutkan sifat-sifatnya dalam ayat ini :
1. Orang yang beriman, yakni percaya kepada Allah dan hari kemudian, termasuklah percaya kepada semua rukun iman yang enam.
2. Orang yang mendirikan solat tetap pada waktunya, cukup dengan syarat dan rukunnya, kerana terbinanya masjid tidak lain untuk mengerjakan ibadah solat di
samping ibadah yang lain.
3. Mengeluarkan zakat, iaitu suatu tugas yang wajib, sedang memakmurkan masjid adalah suatu tugas yang sunat. Maka tidak sewajarnya seseorang itu melakukan tugas yang sunat melainkan sesudah ia tunaikan tugas yang wajib terlebih dahulu.
4. Tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah. Yakni dalam menegakkan agama, dia tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata. Dia juga tidak akan meninggalkan perintah Allah dengan sebab takut kepada manusia.
"Maka mudah-mudahan mereka menjadi orang yang mendapat petunjuk" Yakni : Mereka yang mempunyai sifat-sifat yang menjamin tertegaknya rukun Islam yang terpenting itu, maka mereka ini diharapkan akan menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk
kepada perkara yang disukai dan diredhai Allah swt seperti memakmurkan masjid sehingga berhaklah pula mereka mendapat pembalasan yang dinikmati di dalam syurga.
Dipetik dari kitab TAFSIR AL-QURAN 'ABRUL ASIR ( Tafsir Al-Quran di
Radio ) Juzu 10 Tulisan Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad
Sumber :
http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%202%20290605%20Imarah%20Masjid.pdf
Sunday, March 25, 2012
Taqwa Hati
Taqwa Hati
Share
عن أبي هريرة؛ رفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم قال:
إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم. ولكن إنما ينظر إلى أعمالكم وقلوبكم
Hadis marfuk daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu".
Memiliki rupa paras yang menarik serta harta yang melimpah ruah menjadi idaman manuasia. Naluri manusia sukakan paras rupa dan bergaya ditambah lagi dengan harta. Manusia boleh menjadi hilang pertimabangan hanya kerana mahu menjaga oaras rupa dan merebut harta.
Ramai orang sanggup menghabiskan masa dan harta hanya kerana mahu menjaga penampilan diri supaya tampak bergaya. Lelaki ataupun wanita mahu dipandang hebat di hadapan khalayak. Mereka akan risau jika penampilan tidak cantik dengan jerawat yang berbintik.
Penilaian Allah bukan kepada gambaran luaran. Allah nilai manusia dari segi amalan dan hatinya. Inilah yang sepatutnya diambil berat oleh kita. Ingatlah, badan yang kita gosok tiap-tiap hari dengan sabun, rambut yang kita syampukan dan diletakkan hiasan, bentuk tubuh badan yang menawan, kelak satu hari nanti akan dimandikan, dikapankan dan dikebumikan.
Posted by mohdrusli at 8:27 AM 0 comments
Labels: Tazkirah
Umrah Kanak-kanak
Share
Berapa hari yang lalu saya telah dihubungi oleh seorang kawan bertanyakan tentang umrah budak belum mumayyiz. Kawan saya ini akan menunaikan umrah bersama isteri dan anak kecilnya yang sebaya dengan anak saya, Muhammad. Nama anak kawan saya ini juga Muhammad. Catatan tentang Muhammad boleh dibaca di teratak bayt al Iman.
Secara ringkasnya kanak-kanak tidak diwajibkan haji ataupun umrah, tetapi jika dikerjakan juga, ibadatnya sah. Pahala akan diberi kepada anak ini dan juga ibu bapanya yang menolognya menjalankan ibadat. Ibadat haji dan umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak tidak gugur kewajipannya jika kanak-kanak ini sudah cukup umur.
Al imam Muslim dalam kitab sahih Muslim menyebut satu hadis nabi dalam kitab haji, bab sahnya ibadat haji bagi budak kecil dan pahala bagi orang yang melakukan ke atasnya, hadis nombor 1336:
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bertemu dengan sekelompok orang yang berkenderaan di Rawha' - sebuah tempat di dekat Madinah, lalu baginda bertanya "Siapakah kaum ini?" Mereka menjawab: "Kita kaum Muslimin." Kemudian mereka bertanya: "Siapakah Tuan?" Baginda menjawab: "Saya Rasulullah." Kemudian ada seorang wanita yang mengangkat seorang anak kecil di hadapan bagimnda lalu bertanya: "Adakah anak ini perlu beribadat haji?" Baginda menjawab: "Ya dan untukmu - wanita itu - juga ada pahalanya." (Riwayat Muslim)
Al imam an nawawi menaqalkan hadis ini dalam kitabya Riyadhus solihin dalam bab bekerjasama dalan kebaikan dan ketaqwaan. As Syaikh Uthaimin dalam syarahan beliau berkenaan hadis ini menyatakan bahawa haji budak kecil adalah sah. Kanak-kanak belum baligh akan mendapat pahala di atas kebaikan yang dilakukan dan tidak mendapat dosa kerana belum sampai umur taklif.
Posted by mohdrusli at 9:22 PM 0 comments
Labels: Riyadhus solihin, soal jawab