Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Monday, September 14, 2009
Sunday, September 13, 2009
RAMADHAN..APAKAH..KITA..AKAN..BERSUA..LAGI..
RAMADHAN sudah di ambang senja..
Sebentar lagi SYAWAL bakal menjelma..
TANYALAH..pada setiap DIRI..
APAKAH yang telah KUISIKAN sepanjang Ramadhan kali ini..
..SEMPURNAKAH IMANKU..
..KHUSYUKKAH SOLATKU..
..IKHLASKAH AMALKU..
..BERSYUKURKAH AKU bagi setiap NIKMAT ILLAHI..
..BERSABARKAH AKU menghadapi setiap CUBAANNYA..
..REDHOKAH AKU akan segala KETENTUANNYA..
AKHIRNYA..
Telahkah KUTEMUI LAILATULQADAR..
NUKILAN (JEE.R.D/SYUKBAH AGAMA/SEPT/09/B1)

CARILAH KEAMPUNAN DAN BARAKAH DI BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan pengampunan. Justeru marilah sama-sama kita merebut peluang dan ruang yang disediakan ini untuk mencapai pegampunan Allah SWT. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133 yang bermaksud:
Dan bersegeralah kamu kepada pengampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang lebarnya selebar langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
Syurga disediakan oleh Allah untuk orang yang bertakwa, orang yang bersih dirinya daripada noda dan dosa. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Sebab itu kita perlu minta ampun kepada Allah SWT. Para anbiya’ pun berdoa meminta ampun.
Lihat ungkapan doa Nabi Adam(surah al-a’raf:23)
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.
Nabi Ibrahim berdoa(surah Ibrahim:41)
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
Nabi Nuh berdoa(surah Nuh:28)
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا
Ya Tuhanku! ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
Nabi Muhammad SAW beristighfar dan meminta ampun kepada Allah SWT tidak kurang daripada tujuh puluh kali satu hari dalam keadaan baginda diberi jaminan syurga dan maksum tiadak melakukan sebarang noda dan dosa.
Rebutlah pelung Ramadhan ini dengan melakukan amal ibadah. Dapatkan barakah, margfirah dalam bulan ini. Amat rugi manusia yang menjalani Ramadhan kemudian meninggalkan Ramadhan dalam keadaan dosa tidak terampun.
Dipetik daripada kuliah Ust.HJ. MOHD RUSLI BIN HJ ISMAIL (JEE.R.D/K1/SEPT/09)

Tuesday, September 8, 2009
Sunday, August 30, 2009
Hadis-Hadis Puasa
HADITH-HADITH TENTANG PUASA
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1793
عن سهل بن سعد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1838
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1952
Hadis Ibnu Abbas r.a: Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1936
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال ما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم شهرا كاملا قط غير رمضان وكان يصوم إذا صام حتى يقول القائل لا والله لا يفطر ويفطر إذا أفطر حتى يقول القائل لا والله لا يصوم
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1959
SEKIAN, TERIMA KASIH
Sumber Yusof Embong(uye). at 4:20 PM

Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)